Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Kamis, 31 Maret 2011

Hubungan Antara Manusia Dengan Allah

Bagaimanakah sebenarnya ukur-tara ataupun hubung kait manusia dengan Allah? Benarkah hubungan manusia dengan Allah sebagai yang kena cipta (Khalaq) dengan penciptanya (Khaliq)? Kalau benar begitu apakah erti sebenarnya hubungan itu? Apakah manusia dijadikan semata-mata untuk menjalankan perintah Allah? Atau dijadikan sebagai menandakan bahawa Allah itu mempunyai kuasa sehingga Dia boleh memperalatkan hambanya (manusia)? Begitukah?
Kalau demikian jelas bahawa kedudukan manusia dalam hal ini tidak ubah seperti kedudukan seorang kuli dengan taukehnya. Sama sahaja darjatnya dengan kedudukan seorang hamba rakyat dengan rajanya. Mereka bekerja dengan niat untuk menyenangkan raja mereka.
Sekiranya kita memahami dan mengkaji kepada kebesaran Allah itu sendiri yang maha Tahu, maha Adil, maha Berkuasa dan maha Agung, buat apa dia menciptakan manusia ke alam ini. Kalau hanya setakat untuk memuji, memuja serta melaksanakan perintahNya, tidak ada faedah langsung Allah menjadikan manusia.
Bukankah Dia sudah berkuasa? Logiknya sudah tentu Dia tidak perlu kepada mana-mana pihak (hamba) lagi untuk bekerja bagiNya. Tidak ada perintah lagi yang boleh disuruhkan kepada hambanya kerana dia boleh laksanakan sendiri. Bukankah Dia maha berkuasa, bijaksana dan agung? Atau Dia melantik manusia menjadi hamba untuk menunjukkankekuasaanNya? Sebagai tanda kebesaran dan kebolehanNya menciptakan manusia? Begitukah? FirmanNya surah Az-Zariat ayat 56.......
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berbakti kepadaKu."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar